Monday, 16 April 2012

Latar Belakang Pembakaran Buku Oleh Qin Shihuangdi

Dalam Dinasti Qin, perkara yang paling diketahui oleh kita ialah pembakaran buku yang dilancarkan oleh Qin Shihuangdi. Perkara ini juga dikenali sebagai " Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan ".
Dua  hal yang menjadi dasar alasan kuat untuk menghantam aliran Ru( cendekiawan pada masa itu ) yang sebagai sasaran utama adalah :
  1. Tidak adanya kata sepakat dari kalangan Ru mengenai bagaimana upacara Feng Shan.
  2. Pertentangan antara Li Si dan Chunyu Yue mengenai sistem pemerintahan.
Buku-buku yang bersifat ilmu pengetahuan tidak dilarang atau dibakar. Misalnya buku mengenai pertanian, siasat perang, perbintangan dan pengobatan.
Alasan Qin Shihuangdi tidak membakar buku-buku tersebut ialah :
  1. Zhou Yi atau Yijing tidak dilarang juga kerana berkaitan dengan gerak alam semesta.
  2. Para raja zaman dahulu termasuk Qin Shihuangdi melakukan ritual penghormatan kepada bintang-bintang. Hal ini juga disebutkan dalam buku-buku ramalan tentang keterkaitan manusia dengan Langit.
  3. Legitimasi kekuasaan. Orang China zaman dahulu percaya bahwa bintang di langit atau alam semesta ini memiliki keterkaitan atau hubungan yang mempengaruhi dengan manusia atau suatu dinasti. Qin Shihuangdi memerlukan legitimasi ini dari buku ramalan untuk membawa kerajaannya “diberkati” Langit.
  4. Buku ramalan zaman dahulu tidak sama dengan  buku ramalan zaman sekarang. Isinya penuh dengan pendapat mengenai alam dan pergerakan alam. Contohnya Yijing, isinya bukan mengenai ramalan sahaja, namun berkaitan dengan pergerakan langit untuk kebaikan dan tidak mengenal lelah karana raja haruslah sentiasa memajukan diri sendiri. Selain itu,  Langit adalah pemimpin atau induk dari segala mahluk, seperti juga raja merupakan pemimpin daripada rakyat, membuat Tianxia (  negara ) menjadi damai dan tenteram.
  5. Qin Shihuangdi juga seorang yang mempercayai dengan ilmu ramal.
Ketika Qin Shihuangdi berhasil menyatukan seluruh daratan, beliau memerlukan pengakuan daripada banyak pihak. Antara caranya ialah melakukan upacara Fengshan (  upacara pengakuan kekuasaan oleh para leluhur di gunung Tai ) seperti yang dianjurkan oleh Kong Zi. Tetapi sayangnya para pelajar Ru kerana tidak tahu bagaimana menjalankan upacara Fengshan sehingga Qin Shihuangdi marah dan membuat tatacaranya sendiri. Hal ini telah membawa kepada perkara " Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan ".

                                                            Pembakaran Buku-buku                                                      
                                                           Mengebumikan cendekiawan

No comments:

Post a Comment